Emas kini melanjutkan pergerakan harga menurunnya sejak penghujung minggu lepas dan alami kejatuhan ketara pada Isnin. Ia merupakan paras terendah bulanan yang pernah disentuh berbanding minggu lepas.
Harga emas mencecah paras $2,020.62 iaitu naik 0.02% pada pembukaan dagangan Asia pagi tadi. Walau bagaimanapun, emas alami penurunan mendadak semalam di saat tidak berlakunya apa-apa data ekonomi penting pada pasaran.
Jangkaan pasaran berkenaan Federal Reserve (Fed) dalam mengekalkan kadar faedah kini lebih meluas untuk tempoh yang lebih lama. Ianya turut disokong oleh data ekonomi AS yang berimpak tinggi dan pandangan hawkish daripada beberapa ahli FOMC baru-baru ini.
Ini akan menjadi faktor utama bagi harga emas untuk teruskan penurunan dalam masa terdekat.
Selain itu, kekurangan kebimbangan mengenai peningkatan ketegangan geopolitik di Timur Tengah turut menyumbang kepada limitasi kenaikan harga logam kuning itu.
Sementara itu, peserta pasaran masih kurang pasti tentang kemungkinan masa dan kadar pemotongan kadar faedah oleh Fed berikutan penurunan sederhana dalam hasil bon Perbendaharaan AS. Kelemahan itu akan memberikan sedikit sokongan buat harga emas.
Buat masa sekarang, ucapan ahli FOMC yang memberi kelebihan kepada nilai dolar AS akan menghasilkan kenaikan sedikit buat harga emas walaupun tiada data ekonomi penting di Amerika Syarikat.
Kini, pasaran akan menumpukan perhatian mereka pada data Indeks Harga Pengguna AS (CPI) yang dijangka turun pada tepat jam 9.30 malam ini. Manakala, CPI teras pula diramalkan kekal pada 0.3%.