Carta pasangan mata wang EUR/JPY mengubah haluan arah pergerakan harganya pada hari ini yang mengakhiri corak kenaikan pada minggu lalu.
Yen dilihat bergerak positif menuju dagangan penghujung minggu ini namun tidak dikenal pasti faktor yang jelas menyokong pengukuhan mata wang itu.
Sementara Euro mula menunjukkan penyusutan susulan data inflasi Jerman yang diterbitkan di sesi Eropah semalam menunjukkan angka yang menurun.
Pelabur telah sedia maklum dengan risiko pergerakan Euro berikutan ahli-ahli bank pusat Eropah telah memberi isyarat yang jelas untuk persediaan beralih kepada pelonggaran dasar tanpa perlu menunggu langkah dari Federal Reserve (Fed).
Meneliti carta EUR/JPY, harga pada dagangan April lalu telah memecah rekod tertinggi terbaru mengatasi rekod 2008, mencapai paras 171.500.
Ini adalah paras paling tinggi yang direkodkan sejak tahun 1992!
Namun, terjunan semula harga yang ketara berlaku dipercayai berlaku campur tangan oleh pihak berkuasa Jepun dalam pasaran, namun dinafikan.
Untuk beberapa minggu kebelakangan ini, harga berjaya paparkan corak kenaikan semula dari paras 164.00.
Pada minggu ini, harga dilihat meneruskan corak kenaikan yang bersambung pada minggu lalu dengan paras ketinggian 170.80 dicapai paras Rabu semalam.
Namun isyarat awal untuk perubahan trend harga dikesan semalam apabila harga mula bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/JPY tersebut.
Menyambung dagangan pada hari ini, penurunan ketara harga dipamerkan di sesi Asia dan Eropah menyaksikan harga mencecah sekitar 169.300.
Mengakhiri siri kenaikan sebelum ini, harga dilihat cenderung untuk paparkan penurunan ke paras lebih rendah pada sesi-sesi berikutnya.
Jangkaan penurunan harga seterusnya adalah untuk menuju zon sokongan harga yang berada sekitar 167.400 di mana turut diuji pada pertengahan Mei lalu.
Sementara, jika harga membuat kenaikan semula selepas ini, paras ketinggian semalam akan cuba untuk diatasi.
Sasaran adalah untuk mencapai semula ketinggian 171.500 yang menjadi rekod tertinggi terbaru harga itu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG