Pergerakan harga di carta pasangan mata wang EUR/USD mendatar di atas paras 1.08500 untuk 2 hari berturut-turut.
Mata wang US dolar terus diperhatikan ketika data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan menjadi petunjuk untuk dasar monetari bank pusat selepas ini.
Terbaru, data jualan runcit AS semalam turut diterbitkan dengan angka yang positif, semakin mengurangkan jangkaan untuk pelonggaran dasar dilaksanakan.
Walaupun agak bercampur, US dolar dilihat masih paparkan corak pemulihan pada minggu ini, berlegar di paras tertinggi 1 bulan.
Pada carta EUR/USD, peningkatan harga di sesi Asia semalam menguji zon 1.09000 sebelum papar penurunan semula ke paras 1.08500 yang menjadi paras sokongan semasa buat harga ketika ini.
Harga kekal berlegar mengelilingi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut sambil diperhatikan pelabur untuk mendapatkan petunjuk arah pergerakan harga selanjutnya.
Jika US dolar berjaya kekalkan pengukuhan, penurunan harga boleh berlaku lebih rendah mengatasi paras sokogan 1.08500.
Sasaran adalah untuk mencecah sekitar 1.08000 untuk catatkan paras terendah terbaru 5 minggu.
Namun jika kenaikan harga mula dipaparkan semula selepas ini, paras rintangan pada 1.10000 akan kembali menjadi tumpuan untuk diuji.
Setelah rintangan kental untuk berjaya ditembusi, barulah pergerakan trend bullish lebih jelas akan dijangkakan untuk seterusnya mencapai pula 1.11000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW