Menuju kehadiran beberapa data penting yang akan menjadi petunjuk pasaran pada minggu ini, pelabur kekal berwaspada dengan pergerakan tak menentu khususnya bagi mata wang US dolar.
Selepas paparkan penyusutan ketara pada Isnin lalu, US dolar mula pulih semula di sesi Eropah semalam untuk mengurangkan kerugian yang dicatatkan sebelumnya itu.
Namun, pengukuhan tidak berjaya dilanjutkan apabila data pekerjaan JOLTS yang diterbitkan di sesi New York dengan angka yang lebih rendah berbanding ramalan, sekaligus membantutkan semula dagangan US dolar.
Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga pada mulanya telah mencapai paras tertinggi 11 minggu kembali berundur turun semula di bawah zon 1.09000.
Penurunan harga mencecah sekitar paras 1.08600 sebelum melantun semula sekitar 30 pips dan perlahan menyambung pembukaan sesi Asia pagi ini (Rabu).
Harga dilihat turut melantun di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut menunjukkan pergerakan harga masih berada dalam trend bullish.
Sekiranya penurunan semalam sekadar pembetulan harga, kenaikan semula akan dijangkakan untuk menembusi kembali zon rintangan 1.09000 sebelum dipacu ke paras lebih tinggi.
Sasaran terbaru masih diletakkan pada ketinggian 1.10000 untuk dicapai harga sekiranya situasi penyusutan US dolar kekal berterusan.
Namun, jika sebaliknya yang berlaku, penurunan di bawah garisan sokongan MA50 akan menjadi isyarat awal untuk pergerakan bearish harga bermula.
Penurunan harga boleh dijangkakan untuk mencecah kembali zon support harga yang berada pada sekitar 1.08000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW