Pengukuhan US dolar diteruskan sehingga dagangan ke penghujung minggu ini selepas pelabur meneliti data-data petunjuk terbaru yang diterbitkan.
Selepas data inflasi pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada Rabu lalu, tumpuan pelabur adalah kepada data inflasi pengeluar (PPI) pada sesi New York semalam.
Namun, US dolar dilihat sedikit mengendurkan momentum pergerakannya di awal sesi New York itu sebelum kembali menyambung pengukuhan semula menuju ke penghujung sesi.
Tumpuan pada sesi terakhir penghujung minggu ini pula adalah kepada data jualan runcit AS yang akan diterbitkan bagi bacaan bulan Oktober.
Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, penurunan lebih rendah telah dipaparkan semalam mencecah paras sasaran penganalisis pada 1.05000, mencatatkan paras terendah terbaru 1 tahun.
Namun, berlaku lantunan semula harga sebaik sahaja mencecah zon support itu menyaksikan harga mencapai sekitar 1.05800.
Kenaikan lebih tinggi gagal diteruskan apabila terbantut pada garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu sebelum berundur turun semula pada dagangan penghujung sesi New York.
Menyambung pembukaan sesi Asia pagi ini (Jumaat), harga berlegar perlahan di atas zon 1.05000 dengan jangkaan trend bearish harga kekal diteruskan.
Penurunan lanjut harga jika susut di bawah 1.05000 itu akan catatkan paras terendah baharu dengan sasaran beralih ke sekitar 1.04000 pula.
Sebaliknya jika harga paparkan lantunan semula melepasi halangan MA50 dan paras 1.06000, ini akan memberi isyarat awal untuk perubahan trend harga.
Kenaikan yang diteruskan selepas itu bakal menuju semula ke paras-paras tumpuan sebelum ini seperti pada 1.07000 atau 1.08000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW