Menjadi tumpuan pada awal pagi tadi adalah penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC yang dilihat telah kembali menyuntik sokongan terhadap pergerakan US dolar semasa.
Meneliti butiran, nada kekal hawkish seperti yang disampaikan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell sebelum ini yang berpandangan kadar faedah tinggi masih perlu dikekalkan untuk tempoh lebih lama.
Walaupun polisi semasa akan dikekalkan, namun turut terdapat perbincangan berkenaan potensi untuk kadar faedah dinaikkan jika keadaan memerlukan.
Namun begitu, penganalisis pasaran menilai masih terbuka ruang untuk Fed melaksanakan pemotongan kadar faedah sekurang-kurangnya bermula September, namun peratusan jangkaan adalah terhad.
Jika diteliti pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga semakin menjauh dari zon ketinggian 1.09000 yang diuji pada corak kenaikan dipaparkan minggu lalu.
Harga semakin condong menurun dan dengan reaksi terhadap minit FOMC, harga dilihat semakin menghampiri zon RBS (resistance become support) 1.08000.
Isyarat bearish harga kelihatan dengan harga mula berada di bawah garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu sejak Selasa lalu.
Jika penurunan harga berlaku, pelabur akan meneliti reaksi harga yang ditunjukkan pada zon RBS 1.08000 untuk petunjuk arah pergerakan selanjutnya.
Jika tembus ke bawah, risiko kejatuhan harga adalah lebih besar dengan sasaran harga boleh mencecah hingga sekitar 1.07000.
Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan semula, melepasi halangan MA50 akan memberi isyarat untuk harga menyambung kembali corak bullish sebelum ini.
Kenaikan tinggi akan cuba menguji sekali lagi zon rintangan 1.09000 sebelum catatkan paras ketinggian terbaru menuju sasaran pada 1.10000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW