Dalam ketidaktentuan pasaran yang berlarutan, US dolar dilihat masih berjaya pamerkan pengukuhan pada pembukaan dagangan awal minggu semalam.
Pun begitu, pelabur tetap berjaga-jaga berikutan data-data penting ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bakal diterbitkan sepanjang minggu ini.
Selain laporan pekerjaan NFP di penghujung minggu nanti, tumpuan lebih utama akan terarah kepada mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.
Pasaran ingin mengetahui keputusan penetapan dasar monetari Federal Reserve (Fed) menerusi ucapan oleh Pengerusi Jerome Powell.
Pastinya pergerakan pasaran akan bergelora khususnya buat US dolar dan buatkan para pelabur tak senang duduk.
Jika memerhati pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga paparkan penurunan semula mencecah paras 1.08000.
Memberi reaksi pada zon penting ini, harga melantun semula selepas mengujinya sebelum menutup dagangan penghujung sesi New York sekitar 1.08300.
Pergerakan harga perlahan menyambung dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa) sambil dilihat menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Jika penurunan harga berlaku semula, sekali lagi zon support 1.08000 akan diuji dan reaksi harga di sekitar tersebut akan diperhatikan.
Sekiranya zon support itu ditembusi, pergerakan bearish harga akan diteruskan dengan sasaran akan beralih ke zon 1.07000 pula.
Sementara, harga yang membuat kenaikan melepasi halangan MA50 akan memberi isyarat awal untuk perubahan arah.
Kenaikan yang diteruskan akan cuba pula untuk melepasi zon 1.09000 sebelum melanjutkannya ke paras lebih tinggi menuju sasaran rintangan 1.10000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW