Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD di pembukaan awal minggu semalam masih dilihat mendatar dengan kekurangan data-data ekonomi untuk memacu pasaran.
Harga masih kekal berlegar dalam julat 100 pips minggu lepas iaitu di antara resistance 1.07000 dan support 1.06000.
Pasaran akan menantikan petunjuk terbaru minggu ini untuk arah yang lebih jelas menerusi data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan indeks harga PCE.
Majoriti pasaran menjangkakan Federal Reserve (Fed) akan menangguhkan langkah pemotongan kadar faedah selepas mendengar ucapan yang berbaur hawkish disampaikan oleh Pengerusi Jerome Powell minggu lalu.
Harga pada carta EUR/USD berlegar di sekelili garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang diperhatikan pelabur untuk menentukan arah pergerakan selanjutnya.
Jika kenaikan harga berlaku, harga bakal menguji rintangan pada 1.07000 sebelum memberi isyarat bullish selepas berjaya tembusinya.
Kenaikan yang diteruskan dijangka untuk mencapai paras tumpuan sebelum ini yang berada pada sekitar 1.08000.
Sebaliknya jika harga ditekan jatuh ke bawah, paras sokongan pada 1.06000 akan diuji dan reaksi harga akan diperhatikan seperti minggu lalu.
Jika akhirnya paras tersebut berjaya harga bolos, trend bearish sebelum ini bakal diteruskan untuk paras terendah terbaru dicatatkan lagi.
Sasaran seterusnya harga adalah untuk mencecah sekitar 1.05000 yang turut diperhatikan sebagai paras tumpuan buat harga.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW