Situasi pasaran menuju ke penghujung minggu berubah semula terutamanya pada mata wang US dolar yang kembali bergerak susut semula berikutan terkesan oleh reaksi terhadap data ekonomi terbaru yang diterbitkan.
Bacaan kedua untuk pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) suku pertama 2024 merendah kepada 1.3% (ramalan 1.2%) daripada bacaan awal 1.6% sebelum ini.
Selain itu, data tuntutan faedah pengangguran AS untuk minggu sebelum ini sedikit meningkat manakala data kontrak jualan rumah AS pada April merosot lebih teruk dari angka ramalan.
Kebimbangan terhadap ekonomi AS yang menunjukkan risiko itu memberi tekanan semula kepada US dolar sementara memberi kelebihan kepada mata wang utama lain untuk memulih di penghujung Mei ini.
Petunjuk yang akan diteliti seterusnya adalah pada data indeks perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) di sesi New York malam nanti yang dijangka turut beri impak besar pada pergerakan pasaran.
Meneliti carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat telah kembali melantun semula setelah menguji zon RBS (resistance become support) 1.08000.
Harga yang paparkan kejatuhan ke zon tersebut itu kembali membuat kenaikan semula ke paras sekitar 1.08400 di sesi New York semalam.
Pergerakan harga perlahan meniti di atas garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi isyarat awal untuk perubahan semula trend.
Sekiranya kenaikan harga diteruskan selepas ini, harga dijangka akan cuba untuk mencapai semula zon 1.09000 untuk menguji rintangan itu.
Berjaya melepasinya akan membantu harga catatkan ketinggian terbaru dengan sasaran beralih pada 1.10000 pula.
Namun, jika harga kembali alami kejatuhan semula, zon RBS 1.08000 akan diuji lagi dan reaksi di sekitar itu akan diperhatikan.
Jika zon tersebut sudah tidak mampu untuk melantunkan kembali harga naik, susut di bawahnya akan menjadi isyarat bearish sebelum harga lanjutkan penurunan menuju 1.07000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW