US dolar melanjutkan pengukuhan nilainya pada dagangan Rabu semalam yang turut disokong oleh terbitan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang terbaru.
Laporan pekerjaan ADP untuk September catatkan angka pertambahan yang baik sebanyak 143,000 mengatasi ramalan 124,000.
Ini memberi isyarat positif terhadap jangkaan laporan pekerjaan NFP yang bakal diterbitkan pada Jumaat ini.
US dolar telah memulakan pengukuhan sebelum ini ketika berita Iran menyerang Israel pada Selasa lalu sekaligus mencetuskan kebimbangan terhadap dagangan pasaran global.
Justeru, dapat dilihat US dolar meneruskan pemulihan prestasinya berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain menuju penghujung minggu ini.
Seperti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga melanjutkan penurunan ke paras lebih rendah semalam namun momentum dilihat lebih perlahan berbanding corak yang dipaparkan pada Selasa lalu.
Selepas melepasi paras 1.11000, penurunan terbaru harga mencecah sekitar 1.10330 dan dilihat kekal berlegar di sekitar itu pada dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi ini (Khamis).
Trend kekal bearish melihatkan harga terus bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Harga dilihat cenderung untuk melanjutkan penurunan lebih rendah dengan sasaran kini terarah pada zon support 1.10000.
Zon penting ini yang diuji pada September lalu telah berjaya melantunkan harga naik semula, namun pelabur perlu perhati reaksi terbaru harga sekiranya zon tersebut diuji lagi.
Untuk jangkaan jika kenaikan harga yang berlaku, melepasi halangan MA50 akan menjangkakan harga cuba untuk menembusi pula rintangan pada 1.11000.
Seterusnya kenaikan lebih tinggi akan kembali menuju semula zon kebal minggu-minggu sebelum ini iaitu pada 1.12000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW