Setelah alami penyusutan ketara pada dagangan penutup minggu lepas, prestasi US dolar kekal suram semalam menyaksikan pergerakan lemah yang berterusan lagi.
Pelabur akan kekal berwaspada menantikan pula data tinjauan ISM untuk sektor perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan di sesi New York malam nanti.
Seterusnya beberapa lagi data-data penting yang akan diperhatikan dengan tumpuan utama adalah di penghujung minggu iaitu laporan data pekerjaan NFP AS untuk bulan Februari.
Mata wang utama memanfaatkan ruang untuk meningkat di awal minggu semalam ketika US dolar terus kecundang dalam pasaran.
Meneliti pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga menyambung corak kenaikan sederhana sehingga mencapai paras ketinggian minggu lalu sekitar 1.08650.
Pergerakan harga yang berada di atas sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut kekal mencadangkan untuk pergerakan bullish diteruskan.
Namun, harga perlu mengatasi paras-paras minggu sebelum ini dan seterusnya menguji zon rintangan pada 1.09000.
Pelabur akan berwaspada jika terdapat petunjuk untuk berlaku semula kejatuhan harga selepas gagal mengekalkan corak menaik sebelum ini.
Susut di bawah garisan sokongan MA50 akan mencetus isyarat awal untuk perubahan trend bearish.
Harga bakal kembali turun ke zon 1.08000 untuk menguji support semasa buat harga itu yang masih menghalang kejatuhan sejak minggu lepas.
Jika harga tembus ke bawah zon itu, penurunan harga boleh dijangkakan untuk menuju hingga ke sekitar 1.07000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW