Kembali menahan keseronokan untuk mata wang utama yang lain, US dolar telah mula paparkan pemulihan semula dengan corak pengukuhan yang jelas pada dagangan sesi New York semalam.
Data jualan rumah baru Amerika Syarikat (AS) catatkan angka yang baik berbanding ramalan, namun pelabur kekal berwaspada menantikan terbitkan data pertumbuhan ekonomi AS suku kedua 2024 pada malam ini untuk bacaan akhir.
Penganalisis pasaran masih melihat kecenderungan untuk US dolar bakal bergerak lemah semula berikutan Federal Reserve (Fed) kekal dijangka akan melanjutkan pelonggaran dasar mereka pada baki mesyuarat di penghujung 2024 ini.
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD telah mula menunjukkan perubahan arah apabila kenaikan harga gagal diteruskan.
Seperti yang dijangka berlaku pada zon tumpuan 1.12000, harga telah mengujinya namun gagal untuk meneruskan kenaikan sebelum terjunan ketara harga berlaku di sesi New York.
Dari zon rintangan tersebut, harga telah menjunam sekitar 90 pips sebelum didagangkan perlahan pada awal sesi Asia pagi ini (Khamis) di sekitar 1.11300.
Isyarat perubahan trend bearish membuatkan pelabur berhati-hati dengan pergerakan harga yang kini berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada carta EUR/USD tersebut.
Sekiranya momentum semalam dikekalkan, harga dilihat akan menghampiri zon 1.11000 dan reaksi harga di sekitar itu akan diperhatikan untuk menilai arah selanjutnya.
Penurunan yang dilanjutkan akan mensasarkan kepada zon support terdahulu iaitu pada 1.1000.
Sebaliknya jika harga melonjak semula melepasi halangan MA50, bakal menjadi isyarat untuk harga menyambung semula pergerakan bullish sebelum ini.
Rintangan 1.12000 menjadi sasaran untuk ditembusi sebelum harga mampu catatkan paras ketinggian terbaru.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW