Pengukuhan US dolar yang dipaparkan pada Khamis minggu lepas selepas reaksi data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang baik tidak berjaya dikekalkan.
Sebaliknya raja mata wang itu kembali bergerak lemah semula pada dagangan di penghujung minggu.
Selain data perumahan yang suram, US dolar dilihat kembali bergerak pada landasannya dengan tumpuan akan kembali terarah kepada jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat September nanti.
Memerhatikan pergerakan harga yang berlaku pada carta pasangan mata wang EUR/USD, kenaikan telah dipaparkan semula melepasi paras 1.10000 yang memulih dari kejatuhan sebelumnya.
Harga kembali beri isyarat bullish pada pergerakan di sesi akhir minggu itu dengan kenaikan yang melepasi paras 1.10000 dilihat turut melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Harga menghampiri 1.10300 pada penutupan sesi terakhir minggu itu dan kekal berlegar di sekitar tersebut pada pembukaan sesi Asia di awal minggu ini.
Kenaikan harga dijangka akan melepasi ketinggian paras dicapai minggu lalu iaitu 1.10470 sebelum harga catatkan paras tertinggi terbaru 2024.
Sasaran adalah untuk harga mencapai sekitar 1.11000 dan dijangka akan bakal ada reaksi menarik di zon tumpuan itu.
Sementara, harga berisiko untuk alami kejatuhan semula sekiranya arah pergerakan harga mula berubah dan susut di bawah paras 1.10000.
Setelah turut berada di bawah garisan halangan MA50 semula, penurunan harga boleh dijangkakan berlaku untuk menuju zon 1.09000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW