Mata wang Euro menunjukkan pemulihan pada dagangan pembukaan awal minggu semalam ketika ketidaktentuan politik di Eropah sedikit mereda.
Sentimen pasaran global yang turut memulih itu juga memberi kesan penyusutan terhadap US dolar sebagai mata wang safe-haven.
Namun, pasaran kekal berwaspada untuk potensi pengukuhan US dolar semula berikutan pada minggu lalu, nada hawkish masih lagi dikekalkan pada mesyuarat FOMC yang terbaru.
Untuk hari ini (Selasa), beberapa data akan menjadi pemacu kepada kedua-dua mata wang Euro dan US dolar iaitu bacaan akhir inflasi Eropah serta tinjauan ZEW sentimen ekonomi Jerman di sesi Eropah, dan di sesi New York pula data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) akan diperhatikan.
Meneliti carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah susut ke paras terendah 6 minggu pada Jumaat lalu mencecah 1.06600.
Namun pada pembukaan awal minggu semalam, harga mendatar di atas zon 1.07000 sebelum memaparkan kenaikan sehingga ke penghujung sesi New York ke sekitar 1.07300.
Harga perlahan di sekitar paras tersebut menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini, namun pergerakan harga yang kembali berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu memberi isyarat awal untuk trend bullish bermula.
Jika kenaikan harga berjaya diteruskan, zon 1.08000 akan kembali menjadi sasaran untuk diuji selepas menjadi tumpuan untuk dagangan beberapa minggu kebelakangan ini.
Kenaikan lebih tinggi selepas harga mengekalkan pergerakan bullish akan mendorong harga menuju pula zon rintangan pada 1.09000.
Sebaliknya, jika harga ditekan jatuh semula ke bawah zon 1.07000, corak penurunan pada minggu lepas akan diteruskan lagi.
Penurunan lanjut harga selepas melepasi paras dicecah penghujung minggu lalu seterusnya akan mensasarkan ke zon support tumpuan pada 1.06000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW