Dagangan pada penutup minggu lalu dipengaruhi oleh terbitan data indeks harga PCE Amerika Syarikat (AS) yang mengukur perbelanjaan peribadi pengguna.
Bacaan data bagi bulan Ogos catatkan peningkatan lebih perlahan berbanding bulan sebelumnya, sekaligus menambahkan lagi tekanan buat US dolar.
US dolar alami penyusutan pada dagangan awal sesi New York itu sebelum pulih sederhana pada penghujung sesi untuk menutup dagangan minggu tersebut.
Jika diperhatikan pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga membuat kenaikan pada sesi terakhir tersebut ke paras 1.12000.
Seperti dagangan Rabu sebelumnya, Jumaat itu juga menyaksikan sekali lagi paras 1.12000 diuji dan tetap masih belum berjaya ditembusi.
Harga melantun semula turun untuk menutup dagangan minggu tersebut di sekitar 1.11600 dan harga masih berlegar perlahan di sekitar itu pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Isnin).
Pelabur berhati-hati pada dagangan awal minggu sambil memerhati pergerakan harga yang sedang menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu.
Dengan jangkaan US dolar untuk terus bergerak lemah, harga cenderung untuk menyambung corak pergerakan bullish sebelum ini.
Untuk kenaikan lebih tinggi jika diteruskan, rintangan pada zon 1.12000 perlu dilepasi harga terlebih dahulu.
Jika berjaya, harga bakal catatkan ketinggian terbaru minggu ini dengan sasaran menuju ke zon antara 1.12700 hingga 1.13000.
Sebaliknya jika harga gagal pamerkan peningkatan, berkemungkinan harga boleh susut semula untuk hampiri zon sokongan semasa pada 1.11000.
Risiko lebih besar untuk kejatuhan buat harga sekiranya bergerak susut di bawah 1.11000 dengan jangakan untuk harga mencecah hingga ke 1.10000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW