Semakin menuju ke penghujung minggu, US dolar dilihat masih meneruskan corak pengukuhannya sejak Iran melancarkan serangan ke atas Israel minggu ini.
Selain itu juga, data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan turut catatkan angka yang positif.
Seperti pada sesi New York semalam, tinjauan ISM bagi PMI perkhidmatan AS untuk bulan September meningkat kepada 54.9 mata mengatasi ramalan 51.7.
Pun begitu, pelabur akan tetap berhati-hati untuk dagangan penghujung minggu ini berikutan tumpuan akan terarah sepenuhnya pada laporan pekerjaan NFP AS di sesi terakhir.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, paras terendah terbaru terus dicatatkan semalam apabila corak penurunan harga masih diteruskan.
Harga kekal bergerak pada trend bearish yang berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Penurunan di sesi New York semalam hampir menyentuh paras 1.10000 tetapi harga dilihat melantun perlahan daripada zon support penting itu.
Berdasarkan pergerakan semasa, harga cenderung untuk melanjutkan penurunan lebih rendah, namun pelabur akan berhati-hati menilai reaksi pada support 1.1000 tersebut.
Sekiranya jelas harga tembus lebih rendah ke bawah, pergerakan bearish akan diteruskan dengan sasaran untuk mencecah 1.09000 pula.
Sebaliknya jika harga melonjak melepasi halangan MA50, berkemungkinan memberikan isyarat untuk kenaikan semula harga bakal berlaku.
Untuk kenaikan, harga dijangka akan menguji rintangan terhampir pada paras 1.11000 sebelum mendaki lebih tinggi.
Seterusnya, barulah harga akan menuju semula ke zon penting sebelum ini iaitu pada ketinggian 1.12000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG