US dolar melanjutkan pengukuhan ke paras tertinggi 2 setengah bulan sambil mengekalkan prestasi cemerlangnya itu bagi minggu keempat berturut-turut.
Faktor jangkaan dasar monetari Federal Reserve (Fed) kekal memberi sokongan kepada US dolar sementara berita-berita terbaru dalam pasaran dinantikan.
Data PMI bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan bakal diterbitkan pada Khamis dijangka akan memacu pergerakan harga selanjutnya.
Berbanding Euro, US dolar telah berjaya meneruskan pengukuhan ke paras tertinggi 12 minggu mengatasi paras dagangan minggu lalu.
Dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah mencecah zon sasaran pada 1.08000 sebelum harga perlahan sehingga menyambung pembukaan sesi Asia pagi Rabu ini.
Pelabur memerhatikan reaksi harga di sekitar zon penting itu dengan jangkaan pergerakan harga masih akan meneruskan trend bearish yang dilihat kekal di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Jika harga terus terbenam ke bawah, paras terendah terbaru bakal dicatatkan lagi dengan sasaran terbaru beralih ke sekitar 1.07000.
Sebaliknya jika berjaya berjaya paparkan lantunan dari zon 1.08000 dan kemudiannya menembusi halangan MA50, ini akan menjadi petanda awal bagi perubahan trend.
Kenaikan harga jika diteruskan bakal menuju zon 1.09000 yang merupakan antara zon tumpuan pada dagangan terdahulu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK