Pelabur masih kekal berwaspada untuk dagangan di awal minggu ini berikutan pergerakan harga juga masih belum menunjukkan arah yang jelas.
US dolar paparkan pergerakan bercampur dengan penyusutan pada sesi Eropah sebelum mendatar pada dagangan sesi New York semalam.
Penganalisis menjangkakan arah lebih jelas dipamerkan harga pada hari ini (Selasa) yang akan dipacu oleh terbitan data tinjauan pengguna Amerika Syarikat (AS) dan data pekerjaan JOLTS.
Jika diperhatikan pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga tidak menyambung penurunan lebih rendah selepas US dolar ‘mengacah’ untuk mengukuh semula ketika dagangan penutup minggu lalu.
Harga dilihat telah kembali bergerak di atas zon 1.08000 semula selepas peningkatan yang dipaparkan sebelum mendatar dan menutup dagangan penghujung sesi New York sekitar 1.08100.
Harga yang mula berada sedikit atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD diperhatikan pelabur sebagai petanda awal untuk corak kenaikan diteruskan.
Jika US dolar kekal melemah, harga bakal meningkat lebih tinggi untuk mengatasi ketinggian paras pada Jumaat lalu sekitar 1.08400.
Kenaikan yang diteruskan dijangka untuk menghampiri semula zon tumpuan 1.09000 dan reaksi harga di sekitar itu akan diperhatikan.
Namun jika harga susut semula di bawah zon 1.08000, pelabur akan bersedia untuk penurunan lebih rendah harga yang mungkin berlaku.
Penurunan harga boleh melepasi paras terendah dicecah minggu lalu sekitar 1.07600 sebelum catatkan paras terendah terbaru 4 bulan menuju sasaran 1.07000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Join the Saracen Lucky Draw contest and win the various exciting prizes on offer. Only a $50 deposit is required to join. CLICK HERE – REGISTER AND WIN EXCITING PRIZES