Walaupun kesan agak lambat, namun US dolar akhirnya mula menunjukkan penyusutan nilainya menuju dagangan ke penghujung minggu ini.
Pada Rabu lalu, US dolar mengukuh sewaktu data inflasi pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.
Namun pada Khamis semalam, raja mata wang itu mula bergerak lemah walaupun data inflasi pengeluar (PPI) diterbitkan dengan angka yang positif.
Sementara itu, Euro pula mengukuh ketika European Central Bank (ECB) mengumumkan penurunan kadar pembiayaan semula (refinancing rate) sebanyak 60 mata asas ke paras 3.65%.
Ini didorong oleh ucapan susulan Presiden ECB Christine Lagarde yang mengubah nada dovish sebelum ini kepada lebih berhati-hati, menyatakan bahawa bank pusat akan menilai dahulu data-data ekonomi terbaru sebelum menentukan polisi seterusnya.
Dapat dilihat berlaku perubahan arah harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam dengan isyarat bullish.
Harga sebelum ini berlegar perlahan di zon support 1.10000 sebelum melantun naik pada sesi New York semalam melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Kenaikan diteruskan sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia pagi ini (Jumaat) menghampiri paras 1.11000, antara paras yang menjadi sasaran harga.
Jika paras tersebut berjaya ditembusi, corak bullish harga akan diteruskan untuk mencapai semula ketinggian pada penghujung minggu lalu sekitar 1.11500.
Namun jika harga gagal kekalkan kenaikan, jangkaan bagi penurunan semula harga adalah untuk menguji sekali lagi zon support 1.10000.
Tembus lebih rendah akan cetuskan isyarat bearish untuk harga catatkan paras terendah terbaru menuju sasaran pada 1.09000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW