Federal Bureau of Investigation (FBI) mencipta token kriptonya sendiri, NexFundAI bagi memudahkan mencari pelaku penipuan dalam pasaran kripto.
Hasilnya, pendakwa raya AS di Boston telah mendakwa 18 individu dan entiti termasuk empat firma kripto utama seperti Gotbit, ZM Quant, CLS Global dan MyTrade atas tuduhan jenayah memanipulasi pasaran.
Dakwaan tersebut berpunca daripada penipuan meluas yang melibatkan manipulasi pasaran dan penggubahan haram yang direka untuk menipu pelabur bagi meningkatkan nilai kripto.
FBI yang bekerja secara rahsia melancarkan token khusus dalam meningkatkan jumlah dagangan dan keuntungan harga.
Selain itu, dapatan tuduhan meliputi skim luas perdagangan cucian di mana defendan mengaku rancang melambungkan nilai lebih daripada 60 token termasuk Token Saitama yang pada kemuncaknya mencapai permodalan pasaran sebanyak $7.5 bilion.
Para konspirator didakwa telah membuat dakwaan palsu tentang token dan menggunakan taktik menipu untuk mengelirukan pelabur.
Selepas menaikkan harga token secara buatan, mereka akan mengeluarkan wang di saat paras melambung dan seterusnya menipu pelabur dalam kaedah tradisional iaitu ‘pump and dump’.
Selain itu, firma-firma yang didakwa turut mengupah ZM Quant dan Gotbit untuk menjalankan aktiviti perdagangan penggubahan haram tersebut.
Firma-firma ini akan melaksanakan dagangan palsu menggunakan pelbagai jenis dompet dan menyembunyikan sifat sebenar aktiviti tersebut sambil mencipta volum dagangan palsu untuk menjadikan token kelihatan lebih menarik kepada pelabur.
Walau bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan berdepan hukuman berat termasuk penjara sehingga 20 tahun atas tuduhan memanipulasi pasaran.
Kes ini berfungsi sebagai peringatan yang jelas tentang risiko dalam pasaran kripto dan kepentingan usaha wajar apabila melabur dalam aset digital. – Crypto Briefing