Federal Reserve (Fed) menjelaskan bahawa terdapat beberapa pegawainya menjangkakan bank pusat Amerika Syarikat (AS) itu akan terus memotong kadar faedah sepanjang tahun 2025 dan tidak meyakini bahawa ia akan membuat pelonggaran pada mesyuarat Disember.
Gabenor Fed, Christopher Waller berucap di persidangan Washington menyebut beliau cenderung untuk menyokong pengurangan kos pinjaman pada mesyuarat akan datang dan memastikan data-data ekonomi kekal menyokong dasar.
Katanya lagi, beliau bimbang bahawa inflasi mungkin berhenti dalam menuju ke paras 2% dengan melihat ke arah petunjuk harga dalam kategori perkhidmatan utama.
Waller percaya bukti kukuh bahawa polisi terus mengehadkan dengan ketara dan pemotongan sekali lagi hanya bermakna kita tidak menekan langkah seterusnya secara mengejut.
Faktor yang menyokong penurunan kadar selanjutnya ialah pasaran buruh yang terlihat seimbang dan Fed mempunyai peluang untuk kekalkan kadar.
Presiden Fed New York, John Williams dan rakan sejawatannya dari Atlanta, Raphael Bostic mempunyai kenyataan yang sedikit berbeza. Masing-masing berkata ekonomi terus kelihatan kukuh dan inflasi berkemungkinan akan terus menurun ke arah sasaran Fed serta ia memerlukan lebih banyak pemotongan.
Namun, mereka masih berdiam diri berkenaan jangkaan pemotongan kadar pada bulan Disember.
Walau bagaimanapun, beberapa pegawai Fed telah memberi isyarat sokongan untuk kadar pengurangan kadar yang lebih beransur-ansur dalam beberapa bulan akan datang.
Sementara itu, Fed mengurangkan kadar pada bulan September selepas mendorongnya ke paras tertinggi 5.25% hingga 5.5% bagi membantu meredakan tekanan inflasi daripada paras tertinggi 7.2% pada pertengahan 2022.
Pengerusi Jerome Powell telah mengambil berat tentang risiko pasaran buruh yang lemah walaupun mendapati bacaan yang laporan sebelum ini yang kurang tepat berikutan faktor mogok dan bencana.
Statistik Buruh akan mengeluarkan laporan pekerjaan untuk November pada hari Jumaat yang akan menjadi petunjuk penting menjelang Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan seterusnya yang akan diadakan pada 17-18 Disember di Washington. – Bloomberg