“Hadui semua berbeza-beza, ada hawkish ada yang dovish. Mana satu ni?
Presiden Federal Reserve (Fed) Minneapolis Neel Kashkari yang memberi komen agak hawkish telah menyebabkan harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) memulih semula sehingga $69,000 daripada $65,000.
Namun, sekiranya inflasi terus melihat pergerakan mendatar maka perlu dipertimbangkan sekali lagi sama ada ingin melakukan kadar faedah atau tidak, ulas Kashkari lebih lanjut pada acara maya di Linkedln.
Meskipun begitu, kenyataan daripada Pengerusi Fed Jerome Powell pula bertentangan dengan Kashkari susulan beliau memberitahu penonton di Stanford bahawa ia akan terus menjangkakan pemotongan kadar faedah pada tahun ini.
Jadi di sini dapat dilihat tinjauan kadar boleh menjadi tumpuan dengan lebih jelas pada hari ini susulan terdapat terbitan data NFP untuk mac 2024.
Mereka yang berharap bilangan pekerjaan yang semakin lemah mungkin mendorong Fed untuk bergerak lebih cepat ke kitaran penurunan kadar, tetapi perlu diketahui pertumbuhan pekerjaan mengekalkan tahap kukuh sepanjang 2023 dan setakat ini pada 2024.
Umum mengetahui pakar ekonomi menganggarkan 200,000 pekerjaan telah ditambah pada Mac 2024 iaitu jumlah yang kukuh sungguhpun terdapat penurunan daripada 275,000 pada Februari 2024 sementara kadar pengangguran dijangka kekal stabil pada 3.9%.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 2.88% pada paras $68,041 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi masih mencatatkan penyusutan 4.03% sepanjang minggu lepas.