“Hmm bilalah harga BTC nak naik tinggi, agak-agak masa CPI nanti ke?”
Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) semalam memulih semula sehingga $63,438 sejurus selepas firma pelaburan tersenarai di Tokyo Metaplanet memperoleh 117.7 BTC bernilai $7.19 juta bagi melindungi daripada masalah hutang yang kian meningkat.
Bracebridge Capital, dana lindung nilai berpangkalan di Boston yang memiliki Ark 21Shares Bitcoin ETF (ARKB) bernilai $262 juta iShares Bitcoin Trust (IBIT) BlackRock bernilai $81 juta dan saham Grayscale Bitcoin Trust (GBTC) bernilai $20 juta turut menjadi punca harga BTC bangkit kembali.
Bukan itu sahaja, peningkatan dalam bekalan purata 30 hari yang dipegang oleh pemegang jangka panjang BTC juga tercetus di mana ia secara kolektifnya berjaya memegang lebih 13.992 juta aset digital itu.
Namun perlu diketahui para pelabur kini sedang menunggu terbitan data Indeks Harga Pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) pada hari ini diikuti bacaan Indeks Harga Pengguna (CPI) pada 15 Mei 2024 yang akan memberi impak pada pasaran kripto.
Pelabur juga dapat mendengar kata-kata daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada hari ini yang dijadualkan mengambil bahagian dalam perbincangan sederhana bersama Gabenor Bank Pusat Belanda Klaas Know pada mesyuarat agung tahunan Persatuan Bank-bank Asing di Amsterdam.
Menurut penganalisis CryptoQuant, Indeks Premium Coinbase ialah penunjuk terkemuka penting yang boleh digunakan bagi meramalkan masa depan BTC susulan harganya sentiasa melantun naik jika penunjuk itu bertukar negatif.
Suka dimaklumkan juga token unlock Aevo (AEVO) bernilai $961 juta dan Stark (STRK) $77 juta pada 15 Mei 2024 sementara Arbitrum (ARB) bernilai $92 juta pada 16 Mei boleh melihat peningkatan dalam tekanan belian sebelum unlock.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 2.62% pada paras $62,984 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi masih mencatatkan penyusutan 1.12% sepanjang minggu lepas.