Penyusutan ketara US dolar di sesi New York semalam telah membuka ruang bagi kebanyakan mata wang utama lain dalam pasaran untuk meningkatkan nilai masing-masing.
Penurunan angka inflasi terbaru Amerika Syarikat (AS) bagi bulan Jun ke paras 3.0% semalam dilihat lebih rendah berbanding ramalan dan juga paras bulan sebelumnya.
Ini telah meningkatkan lagi peratusan jangkaan langkah pemotongan kadar faedah untuk dilaksanakan oleh Federal Reserve (Fed) di penghujung tahun ini.
Seperti carta pasangan mata wang EUR/USD, lonjakan kukuh harga telah dipamerkan untuk harga catatkan paras ketinggian terbaru dalam tempoh dagangan 5 minggu.
Sebelum ini, corak penurunan harga dipaparkan sebelum isyarat perubahan trend diperhatikan semula ketika harga menghampiri zon 1.08000.
Lantunan perlahan harga kemudiannya telah bersambung dengan lonjakan ketara selepas reaksi data inflasi diterbitkan semalam.
Harga mencapai paras ketinggian terbaru ke sasaran 1.09000 dan pelabur memerhatikan reaksi harga pada zon penting itu.
Belum meneruskan kenaikan lanjut, harga berundur sedikit di penghujung sesi sebelum perlahan di sekitar 1.08700 menyambung dagangan sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Dengan momentum yang telah dipaparkan semalam, harga cenderung untuk meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi hari ini namun pelabur akan berwaspada dengan risiko pergerakan tak menentu harga di sesi-sesi terakhir.
Sasaran untuk paras lebih tinggi harga adalah pada 1.10000 sebagai sasaran kenaikan seterusnya.
Namun jika harga kembali menjunam semula, berkemungkinan harga bakal kembali hampiri semula zon 1.08000 yang dilihat sebagai sokongan semasa.
Jika tembus ke bawah, kejatuhan lebih parah perlu dijangkakan untuk harga menuju sehingga ke sekitar 1.07000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW