Saham Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kejatuhan yang sederhana selepas indeks saham utama AS ditutup tinggi susulan reaksi pada data tumpuan pasaran semalam.
Paling ketara adalah Nasdaq yang telah melepasi paras 20,000 untuk kali pertama.
Pada Rabu, Nasdaq membuat kenaikan ke paras tertinggi baharu selepas meningkat kepada 1.77%, manakala S&P 500 pula melonjak sebanyak 0.82% hampir mencapai paras tertinggi sebelum ini.
Berbeza pula dengan Dow Jones yang mencatatkan kerugian sebanyak 0.22%.
Kenaikan positif tersebut disebabkan oleh data laporan inflasi yang dikeluarkan adalah sama dengan jangkaan pelabur.
Pelabur juga meletakkan keyakinan tinggi bahawa rizab persekutuan (Fed) akan membuat pemotongan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.
Syarikat Adobe kehilangan 9% saham mereka selepas mendedahkan unjuran pendapatan yang lemah untuk suku yang terkini.
Selain itu, pelabur juga menantikan laporan pendapatan daripada Broadcom, RH dan Costo dan pada masa yang sama mereka juga menantikan laporan harga pengeluar (PPI) AS.