Pound lanjutkan kejatuhan nilai ke paras lebih rendah 9 minggu sementara US dolar terus cemerlang untuk minggu keempat berturut-turut.
Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga telah paparkan penurunan lebih rendah melepasi paras dagangan pada minggu lalu.
Setelah gagal untuk kekal di atas zon 1.30000, harga turun mencatatkan paras terendah terbaru mencecah sekitar 1.29450.
Pergerakan menurun harga terus dijangkakan berterusan berikutan isyarat bearish buat harga yang kekal berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
Pelabur akan menantikan data PMI pembuatan dan perkhidmatan bagi UK dan AS pada Khamis untuk menentukan arah selanjutnya pergerakan harga.
Namun, US dolar yang dijangka masih akan mengekalkan pengukuhannya itu meningkatkan kecenderungan untuk harga catatkan paras terendah terbaru lagi.
Penurunan harga jika melepasi paras semalam bakal menuju pula ke zon tumpuan berikutnya pada sekitar 1.29000.
Namun jika kenaikan harga berjaya melepasi semula paras 1.30000, ada isyarat untuk perubahan trend mungkin terjadi pada carta tersebut.
Dengan kenaikan yang berjaya diteruskan, harga akan berdepan semula paras rintangan 1.31000 seperti yang telah diuji pada minggu lepas.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Join the Saracen Lucky Draw contest and win the various exciting prizes on offer. Only a $50 deposit is required to join. CLICK HERE – REGISTER AND WIN EXCITING PRIZES