Pergerakan trend bullish pada carta pasangan mata wang GBP/USD diteruskan pada pembukaan awal minggu semalam setelah harga menunjukkan pergerakan mendatar di penutup dagangan minggu lalu.
Jangkaan terhadap pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat FOMC minggu ini dilihat semakin menekan US dolar.
US dolar pada Rabu lalu sempat mengukuh ketika data inflasi Amerika Syarikat (AS) terbaru diterbitkan, namun kemudiannya melemah sehingga semalam dan memberi kelebihan untuk Pound catatkan peningkatan nilainya.
Namun, pelabur juga akan memerhati keputusan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada Khamis dengan jangkaan kadar faedah akan dikekalkan di paras 5.00% yang bakal pengaruhi pergerakan mata wang Pound.
Sebelum itu, data inflasi UK akan diberikan tumpuan dahulu pada Rabu yang akan diterbitkan di pembukaan awal sesi Eropah.
Meneliti carta GBP/USD, harga telah membuat kenaikan dari paras terendah minggu lalu sekitar 1.3000 yang dilihat sebagai zon support buat harga.
Kenaikan harga melepasi paras 1.31000 minggu lalu sebelum di pembukaan awal minggu semalam, kenaikan harga diteruskan mencapai sasaran pada 1.32000.
Pergerakan harga perlahan berlegar di sekitar zon tersebut pada dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini (Selasa) dengan jangkaan kecenderungan harga untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi lagi.
Jangkaan terhampir adalah untuk harga mengatasi ketinggian ketika reaksi data NFP sebelum ini sekitar 1.32400 sebelum menuju sasaran pada zon 1.33000.
Namun sebaliknya jika harga semakin susut di bawah 1.32000 dan seterusnya 1.31700, akan menguatkan lagi jangkaan untuk harga memulakan kembali penurunannya.
Menuju semula 1.31000 sebelum sasaran beralih ke zon support 1.30000 yang dicecah harga pada minggu lalu.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW