Mata wang Pound pada Jumaat lalu sedikit meningkat ketika disokong oleh data jualan runcit UK yang diterbitkan dengan angka yang lebih baik berbanding ramalan.
Bacaan data tersebut telah memulihkan semula Pound yang telah mengalami kejatuhan sebelumnya susulan reaksi pada penurunan angka inflasi UK yang terbaru.
Dengan jangkaan untuk Bank of England (BOE) untuk melonggarkan dasar monetari dilihat masih akan menjadi faktor yang memberi tekanan kepada Pound selepas ini.
Selain itu, momentum pengukuhan US dolar yang sedikit pudar di penutup minggu lalu turut mengurangkan tekanan kepada pergerakan harga.
Meneliti carta pasangan mata wang GBP/USD, harga telah menjunam ke para terendah terbaru 8 minggu di bawah zon 1.30000 namun melantun semula di atas zon tersebut di penghujung minggu.
Perubahan pergerakan harga yang mula berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu memberi petunjuk awal untuk perubahan trend berlaku, namun pelabur akan terus menilai dagangan di awal minggu ini.
Jika harga melanjutkan kenaikan, rintangan terhampir berada di paras 1.31000 untuk diuji di mana pada minggu lepas harga turut menguji paras itu namun gagal tembusi.
Sekiranya berjaya ditembusi, isyarat lebih jelas untuk trend bullish menjangkakan kenaikan bakal diteruskan menuju sekitar 1.31700-1.32000.
Sebaliknya jika harga susut di bawah garisan sokongan MA50 dan bergerak ke bawah zon 1.30000, ini menunjukkan kecenderungan untuk harga menyambung pergerakan bearish sebelum ini.
Penurunan harga akan catatkan paras terendah terbaru minggu ini dengan sasaran akan beralih ke sekitar 1.29000.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Join the Saracen Lucky Draw contest and win the various exciting prizes on offer. Only a $50 deposit is required to join. CLICK HERE – REGISTER AND WIN EXCITING PRIZES