Seperti dijangka, pergerakan harga mendatar pada carta pasangan mata wang GBP/USD sepanjang minggu lalu dengan harga mengakhiri dagangan penghujung minggu di zon 1.27000.
Julat pergerakan harga sekitar 120 pips dengan pergerakan turun naik harga telah dipengaruhi oleh beberapa data penting seperti PMI pembuatan dan perkhidmatan di UK dan Amerika Syarikat (AS), data pertumbuhan ekonomi AS suku keempat 2023 dan data indeks harga PCE.
Minggu ini bakal lebih bergelora untuk kedua-dua mata wang Pound dan US dolar berikutan Federal Reserve (Fed) dan Bank of England (BOE) akan melangsungkan mesyuarat polisi pada hari yang sama iaitu Khamis.
Lebih menjadi tumpuan adalah petunjuk oleh Pengerusi Fed Jerome Powell berkenaan dasar monetari mereka serta isyarat penurunan kadar faedah.
Ini akan menjadi pemacu utama arah pergerakan harga pada carta GBP/USD sehingga bersambung ke minggu hadapan.
Paras terendah dicatatkan pada Selasa lalu adalah sekitar 1.26500 sebelum lonjakan pada Rabu pula mencapai paras tertinggi minggu itu sekitar 1.27700.
Namun, sehingga ke penghujung minggu harga mendatar di zon 1.27000 sementara pelabur berwaspada menuju dagangan pada minggu ini pula.
Pergerakan harga perlahan di sesi Asia pagi ini (Isnin) yang berlegar di zon 1.27000 untuk pembukaan awal minggu, harga juga dilihat perlahan di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Berjaga-jaga untuk isyarat bearish itu, pelabur perlu bersedia sekiranya harga membuat penurunan lebih rendah di awal minggu ini.
Penurunan yang diteruskan boleh dijangka untuk mencecah hingga zon 1.26000 yang menjadi sokongan harga sebelum ini.
Sementara, jika harga melonjak dari zon 1.27000 selepas melepasi halangan MA50, kenaikan harga berkemungkinan mampu untuk mengatasi ketinggian minggu lepas.
Seterusnya, zon 1.28000 menanti untuk diuji harga jika kenaikan lebih tinggi berjaya diteruskan setelah harga menunjukkan perubahan trend telah berlaku.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW