Carta harga pasangan mata wang GBP/USD kembali paparkan kenaikan semula semalam selepas mendatar seketika.
Sebelum ini, penurunan harga telah berlaku untuk 2 hari berturut-turut, namun pada Khamis semalam situasi pergerakan harga mula berubah.
Walaupun data pertumbuhan ekonomi UK yang diterbitkan semalam dilihat kurang memberangsangkan, namun kenaikan harga tetap berlaku berikutan didorong oleh faktor kemerosotan US dolar menuju ke penghujung minggu.
Jika diperhati pada carta GBP/USD, penurunan harga yang berlaku pada minggu ini sekadar ke paras sekitar 1.25400 sebelum meningkat semula.
Harga meningkat semalam ke paras tumpuan 1.26000 semula dan kenaikan tersebut juga telah melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish.
Namun, pergerakan harga perlu melepasi dahulu rintangan 1.26000 untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Jika harga berjaya melepasi rintangan tersebut, sasaran untuk kenaikan semula harga dilihat akan cuba untuk mencapai ketinggian pada Selasa lalu sekitar 1.26800.
Kemudian, zon 1.27000 pula turut akan menjadi tumpuan untuk diuji dan reaksi harga akan diperhatikan.
Namun, jika harga gagal untuk naik melepasi paras 1.26000, penurunan harga boleh berlaku semula untuk menguji lagi paras terendah minggu ini, 1.25400.
Seterusnya, zon support 1.25000 bakal diuji dan jika ditembusi, paras terendah terbaru bakal dicatatkan dengan sasaran yang akan beralih pada sekitar 1.24000 untuk dituju.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW