Carta pasangan mata wang GBP/USD pada dagangan Selasa semalam menunjukkan harga semakin mendap ke bawah, mencatatkan paras lebih rendah berbanding dagangan minggu lepas.
Situasi didorong oleh pengukuhan US dolar yang masih tersisa dengan momentum positif sejak penutupan minggu lalu ketika laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan baik.
Namun, situasi pasaran ketika ini agak berisiko menantikan terbitan data inflasi pengguna (CPI) AS hari ini yang menjadi petunjuk penting kepada Federal Reserve (Fed) menjelang mesyuarat FOMC yang semakin hampir.
Pound dilihat cuba untuk memulih, namun kecundang dengan asakan tekanan oleh US dolar tersebut.
Dapat diperhati pada carta GBP/USD, harga cuba untuk membuat kenaikan di sesi Eropah semalam namun gagal melepasi paras 1.31000 sebagai rintangan semasa.
Harga ditekan jatuh semula di sesi berikutnya ke sekitar 1.30500 yang merupakan paras terendah harga bagi tempoh dagangan 3 minggu.
Lantunan harga berlaku ketika dagangan menuju penghujung sesi New York dan diteruskan pada sesi Asia pagi ini (Rabu) menghampiri semula 1.31000.
Harga juga turut melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang dilihat sebagai isyarat awal untuk pergerakan bullish harga semula.
Sekiranya kenaikan diteruskan melepasi rintangan semasa pada 1.31000, harga berpotensi naik lebih tinggi sehingga menuju semula zon 1.31700-1.32000 yang menjadi tumpuan pada dagangan beberapa minggu sebelum ini.
Seterusnya, ketinggian dicapai pada Jumaat lalu sekitar 1.32400 akan cuba untuk dicapai sekali lagi.
Namun, sekiranya US dolar terus menambah tekanan terhadap Pound, harga cenderung untuk susut lebih rendah ke bawah melepasi paras semalam.
Seterusnya paras terendah terbaru bakal dicatatkan lagi dengan jangkaan harga untuk mencecah sekitar zon 1.3000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG