Pound didagangkan sedikit meningkat pada sesi Eropah semalam ketika pasaran memerhatikan laporan pekerjaan UK terbaru yang diterbitkan.
Kadar pengangguran UK pada Ogos menunjukkan penurunan kepada 4.0% berbanding jangkaan untuk kekal pada 4.1% seperti bulan sebelumnya.
Namun, indeks purata pendapatan 3 bulan tepati ramalan menurun kepada 3.8% sementara jumlah tuntutan faedah pengangguran juga melonjak atasi angka ramalan.
Melihatkan pergerakan pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam, harga menunjukkan kenaikan di sesi Eropah menguji paras rintangan pada 1.31000.
Namun, seperti situasi pada minggu sebelum ini, paras tersebut kekal menjadi penghalang buat harga menyaksikan harga kembali berundur turun semula selepas menyentuhnya.
Penurunan harga yang berlaku didorong oleh pengukuhan semula pada dagangan US dolar ketika beralih ke sesi New York.
Harga kemudiannya mendatar di sekitar 1.30700 pada penutup sesi sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini (Rabu), meniti di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu.
Pelabur berhati-hati menantikan isyarat perubahan trend bullish sementara menunggu data inflasi UK bakal diterbitkan pada pembukaan sesi Eropah hari ini.
Sekiranya kenaikan harga akhirnya berjaya tembusi rintangan 1.31000, potensi untuk kenaikan lebih tinggi akan semakin meningkat buat Pound.
Sasaran seterusnya adalah untuk harga menuju ke zon tumpuan sekitar 1.31700-1.32000.
Namun jika harga bergerak berlawanan arah, penurunan lebih rendah boleh berlaku mengatasi paras dagangan minggu lepas.
Zon tumpuan adalah pada support 1.30000 dijangka bakal diuji selain harga bakal catatkan paras terendah terbaru 8 minggu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK