Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat masih lagi ‘terperangkap’ dalam julat 100 pips dari minggu lalu hingga dagangan Selasa semalam.
Setelah pada Isnin lalu harga yang menguji sekali paras rintangan 1.27000 dan masih tidak berjaya tembusinya, pelabur menyaksikan berlaku penurunan semula harga.
Namun, penurunan harga yang dipaparkan hingga ke sesi Eropah semalam dilihat mencecah sekitar 1.26200 dan masih lagi gagal menyentuh support pada 1.26000.
Lantunan harga kembali berlaku pada sesi New York semalam berikutan reaksi pasaran terhadap ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang melemahkan US dolar.
Penilaian seakan dovish pada nada ucapan Powell membuatkan pelabur cenderung menjangkakan persediaan Fed untuk beralih kepada pelonggaran dasar.
Namun masih awal untuk membuat keputusan ekoran Fed dijangka akan meneliti petunjuk seterusnya minggu ini pada laporan pekerjaan NFP yang bakal diterbitkan.
Kenaikan harga pada carta GBP/USD dilihat kembali menghampiri paras rintangan 1.27000 namun harga mendatar di bawah zon tersebut pada sesi Asia pagi ini.
Pergerakan harga di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu mencetus isyarat awal untuk trend bullish bermula.
Namun, harga masih perlu melepasi dahulu rintangan 1.27000 untuk keluar dari zon mendatar tersebut.
Jika akhirnya harga berjaya tembus keluar, kenaikan lebih tinggi boleh dijangkakan untuk menuju pula zon tumpuan berikutnya pada 1.28000.
Sebaliknya jika harga merudum jatuh selepas tidak berjaya lepasi 1.27000, berkemungkinan harga dilihat akan menghampiri semula ke paras 1.26000 yang masih belum berjaya disentuh.
Dan tidak mustahil untuk paras terendah terbaru dicatatkan apabila penurunan diteruskan dengan sasaran akan beralih pula pada sekitar 1.25000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG