Berlaku lantunan harga sekitar 100 pips pada carta pasangan mata wang GBP/USD di penghujung minggu lepas ketika harga telah jatuh sebelumnya mencecah paras terendah terbaru 7 bulan.
Jika diperhatikan, harga masih menunjukkan trend pergerakan bearish dengan penurunan ketara harga berlaku ketika reaksi pasaran terhadap keputusan mesyuarat FOMC yang menyaksikan pengukuhan US dolar.
Seterusnya, bank pusat England (BOE) memberi isyarat untuk terus bergerak pada laluan pelonggaran dasarnya setelah mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat terakhir 2024.
Pelabur menyaksikan penurunan harga terbenam di bawah zon 1.25000 yang menandakan paras terendah sejak dagangan Mei lalu.
Namun pada Jumaat, harga yang berlegar perlahan di sekitar 1.25000 kemudiannya berjaya melonjak naik sehingga mencapai paras 1.26000 di penghujung sesi terakhir sebelum menutup dagangan minggu tersebut.
Mata wang US dolar yang melemah telah mengangkat harga naik semula meskipun data jualan runcit UK yang diterbitkan pada Jumaat itu hadir dengan angka yang mengecewakan.
Pergerakan harga kekal perlahan di bawah zon 1.26000 pada pembukaan awal minggu ini, namun harga yang kini berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) memberi isyarat awal untuk pergerakan menaik.
Untuk berlaku, harga perlu melepasi dahulu rintangan pada 1.26000 sebelum menyambung corak penutup minggu lalu.
Kenaikan harga yang diteruskan dilihat akan menuju sekitar 1.27000 iaitu zon yang menjadi tumpuan pada minggu lalu sebelum terjunan berlaku ketika mesyuarat FOMC.
Sementara, untuk jangkaan bagi penurunan harga pula selepas dilihat gagal untuk melepasi 1.26000, berkemungkinan harga akan kembali hampiri semula zon 1.25000 yang dilihat sebagai support semasa buat harga.
Susut lebih rendah akan catatkan paras terendah terbaru dengan sasaran yang beralih kepada 1.24000 pula.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.