Corak penurunan harga diperlihatkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam, namun tidak begitu ketara dan masih bercampur-campur dalam menentukan arah yang lebih jelas.
US dolar tidak menunjukkan reaksi yang ketara semalam walaupun data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan bacaan memberangsangkan iaitu tinjauan keyakinan pengguna dan data jumlah tawaran pekerjaan JOTLS.
Pergerakan drastik harga akan dijangkakan ketika kadar faedah diumumkan pada mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti dengan ucapan susulan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell akan diberi perhatian sepenuhnya oleh pasaran.
Sementara mata wang Pound pula menantikan keputusan mesyuarat bank pusat England (BOE) pada jam 8 malam esok dengan jangkaan kadar faedah masih akan dikekalkan di paras 5.25%.
Meneliti carta GBP/USD, harga masih dilihat bergerak mendekati zon 1.27000 sejak minggu lalu lagi bersambung hingga ke minggu ini.
Berlaku penurunan semalam mencecah sekitar 1.26400, mengatasi paras terendah minggu lalu, namun harga melantun semula menutup dagangan penghujung sesi New York ke paras 1.27000.
Harga dilihat tidak melepasi zon penting itu dan sedikit susut pada dagangan sesi Asia pagi ini (Rabu) setelah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut juga tidak berjaya dilepasi.
Justeru, masih dilihat corak pergerakan harga lebih cenderung untuk bergerak dalam trend bearish lagi namun sebarang kejutan boleh berlaku menjelang mesyuarat polisi bagi kedua-dua bank pusat itu.
Jika kenaikan harga berlaku, sasaran masih terarah kepada paras sokongan 1.26000 yang diuji pada dagangan pertengahan Januari yang lalu.
Tembus lebih rendah akan memperlihatkan trend bearish yang lebih jelas dan harga juga akan catatkan paras terendah terbaru 7 minggu.
Namun jika kenaikan harga berlaku melepasi paras 1.27000, ini akan menjadi isyarat awal untuk pergerakan bullish menyokong harga keluar dari zon mendatar sebelum ini.
Kenaikan yang diteruskan dijangka akan menuju ke zon rintangan pada 1.28000 setelah kali terakhir harga menguji zon tersebut adalah pada penghujung Disember lalu.
Tidak mustahil untuk kenaikan lebih tinggi mampu dipamerkan susulan kesan reaksi pasaran terhadap mesyuarat polisi bank pusat minggu ini.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW