Agak mengejutkan pelabur, lonjakan 120 pips harga telah dipaparkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam.
Pada mulanya mata wang Pound dilihat didagangkan tertekan dengan harga susut rendah ke sekitar 1.26300 selepas pelabur menghadam petunjuk daripada mesyuarat FOMC.
Tumpuan terarah kepada keputusan mesyuarat polisi BOE di awal sesi New York semalam menyaksikan kadar faedah dikekalkan di paras 5.25% seperti yang telah dijangkakan.
Namun, Pound berjaya paparkan pengukuhan sehingga ke penghujung sesi dengan lonjakan kukuh itu mencapai ketinggian 1.27500.
Situasi ini sebenarnya telah didorong oleh faktor penyusutan ketara semula US dolar ketika pelabur lebih berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan hari ini.
Memerhati pergerakan carta GBP/USD, harga sebenarnya dilihat masih belum keluar dari zon mendatar 1.2700 sebelum ini, cuma julat pergerakan menuju penghujung minggu semakin meluas.
Penurunan harga semalam masih mencatatkan paras terendah terbaru 2 minggu sebelum melonjak semula di atas zon 1.27000.
Pergerakan harga menyambung dagangan sesi Asia pagi Jumaat ini dilihat mendatar pada ketinggian 1.27500.
Momentum kenaikan itu jika berjaya dikekalkan bakal menyaksikan harga menguji pula zon rintangan pada 1.28000.
Naik lebih tinggi untuk paparkan pergerakan bullish lebih ketara akan mensasarkan pula pada 1.29000.
Sebaliknya jika kembali buat terjunan semula di bawah 1.27000, paras terendah dicecah semalam menjadi paras terhampir untuk dituju semula.
Seterusnya, zon support pada 1.26000 pula akan menjadi sasaran untuk diuji seperti dagangan pada pertengahan Januari yang lalu.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW