Apa yang jadi pada carta pasangan mata wang GBP/USD selepas mesyuarat FOMC awal pagi tadi?
Pada mulanya kenaikan harga telah dipaparkan hingga mencapai paras 1.27500, namun selepas pasaran menilai kenyataan yang disampaikan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada mesyuarat FOMC, harga kembali membuat penurunan semula susulan pengukuhan yang berlaku pada US dolar.
Selepas kadar faedah dikekalkan di paras 5.50%, Powell menyatakan bank pusat tidak merancang untuk menurunkan kadar faedah pada bulan Mac seperti yang dijangkakan sebelum ini.
Fed akan memerhatikan sektor buruh dengan laporan data pekerjaan NFP di penghujung minggu akan diberikan perhatian.
Tumpuan hari ini bakal terarah kepada mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) pada jam 8 malam nanti dengan jangkaan kadar faedah akan dikekalkan di paras 5.25%.
Apa reaksi Pound selepas mesyuarat tersebut nanti?
Meneliti carta GBP/USD, harga membuat kenaikan awal dahulu sebelum menjunam semula di bawah paras 1.27000.
Harga mencecah paras 1.26600 selepas FOMC dan menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini melihatkan harga berlegar perlahan di bawah zon 1.27000.
Garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta GBP/USD itu dilihat diuji dan menjadi halangan buat harga, corak penurunan berkemungkinan akan diteruskan.
Jika diteruskan ke paras lebih rendah, harga akan mensasarkan pada paras support sebelum ini yang diuji pada pertengahan Januari lalu iaitu 1.26000.
Namun jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi semula melepasi 1.27000, zon rintangan pada 1.28000 bakal dicapai selepas ketinggian minggu lalu juga diatasi.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG