Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada dagangan Rabu semalam menyaksikan pergerakan drastik selepas harga mendatar sejak dari minggu lepas hingga ke awal minggu ini.
Pound alami penyusutan ketara di awal sesi Eropah semalam ketika pasaran memberi reaksi terhadap data inflasi UK yang diterbitkan dengan angka lebih rendah berbanding ramalan, iaitu turun ke paras 1.7% untuk bulan September.
Situasi yang dilihat mendesak untuk bank pusat England (BOE) untuk melonggarkan dasar monetari itu telah memberi tekanan terhadap dagangan Pound.
Harga pada carta GBP/USD dilihat menjunam ke bawah paras 1.30000 sebaik sahaja data tersebut diterbitkan semalam, namun kembali melantun semula ke sekitar 1.30300.
Menyambung dagangan di sesi New York, harga kembali beransur turun semula sehingga ke bawah paras 1.30000 pada dagangan menuju penghujung sesi.
Pergerakan harga yang berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu mengekalkan isyarat bearish.
Pergerakan harga kekal mendatar di bawah zon 1.30000 pada dagangan sesi Asia pagi ini sehingga bersambung pada pembukaan awal sesi Eropah.
Kecenderungan untuk harga susut lebih rendah ke bawah menjangkakan penurunan akan diteruskan menuju sasaran terbaru pada sekitar 1.29000.
Jika US dolar juga mengekakan corak pengukuhan, harga akan terus didorong untuk mencatatkan paras terendah terbaru lagi.
Namun sebaliknya jika harga kembali melonjak di atas 1.30000 dan melepasi halangan MA50, pelabur akan bersedia bagi perubahan trend harga.
Kenaikan awal harga dilihat akan menghampiri zon rintangan terhampir yang telah menjadi tumpuan sejak dagangan minggu lalu iaitu pada 1.31000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK