Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD minggu lalu berjaya mencapai kenaikan ke paras tertinggi 3 minggu ketika reaksi laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.
Penurunan harga hanya berlaku pada Isnin awal minggu sebelum kenaikan beransur-ansur diteruskan sehingga ke penghujung minggu.
Pada dagangan sesi terakhir minggu tersebut, kenaikan harga mencapai menyentuh paras 1.28000 ketika reaksi awal laporan NFP diterbitkan.
Namun menuju dagangan ke penghujung sesi itu, US dolar yang berjaya mengukuh semula telah kembali menekan harga ke bawah.
Zon 1.28000 menjadi rintangan penting sebelum harga memberi petanda untuk menyambung corak penurunan di awal minggu ini pula.
Harga perlahan di sekitar 1.27400 di pembukaan sesi Asia pagi ini sebelum bergerak susut di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD yang menjadi isyarat pergerakan bearish.
Penurunan harga jika dilanjutkan dilihat akan menguji paras tumpuan pada 1.27000 sebelum reaksi harga di sekitar itu akan memberi petunjuk arah selanjutnya.
Menjunam laju ke bawah akan menjangkakan harga untuk menghampiri semula ke sekitar 1.26000.
Namun jika berpaling arah untuk melonjak naik semula, zon rintangan pada 1.28000 akan diuji seperti pada dagangan penutup minggu lalu.
Melepasi zon tersebut akan mendorong harga membuat kenaikan ke paras ketinggian terbaru 4 minggu dengan sasaran pada 1.29000.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW