Berlaku perubahan pada corak pergerakan carta pasangan mata wang GBP/USD untuk dagangan Selasa semalam yang tidak meneruskan momentum kenaikan harganya.
Situasi tidak menentu pasaran sememangnya telah dijangka dan diberi amaran awal oleh penganalisis menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti.
US dolar yang ketara melemah di awal minggu pamerkan prestasi baik semalam untuk kembali mengukuh menekan mata wang Pound.
Pound juga berisiko dengan tumpuan pada data inflasi UK bakal diterbitkan di awal sesi Eropah hari ini (Rabu) sebelum menyusul mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) pada Khamis.
Pada carta GBP/USD, harga mendatar di paras 1.32000 pada sesi Asia semalam sebelum membuat kenaikan sedikit ke paras ketinggian terbaru berhampiran 1.32300.
Namun, situasi bertukar pada sesi berikutnya menyaksikan terjunan harga sehingga 80 pips setelah menembusi 1.32000.
Harga yang berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu kembali memberi isyarat untuk pergerakan bearish.
Selepas mencecah sekitar 1.31500, harga mula perlahan menyambung dagangan sesi Asia pagi ini di bawah paras 1.31700.
Namun, harga dilihat masih cenderung untuk menyambung penurunan lebih rendah menuju sasaran pada 1.31000.
Jika paras tersebut juga ditembusi, zon support 1.30000 menanti untuk diuji harga sekali lagi seperti minggu lalu.
Namun, sekiranya harga berupaya untuk melonjak semula melepasi paras 1.32000, potensi untuk kenaikan lebih tinggi adalah lebih besar.
Selepas paras ketinggian semalam berjaya diatasi, harga dijangka bakal mensasarkan sehingga ketinggian zon 1.33000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG