“Wow beruntung betul pemandu trak ni, cepat dia ambil peluang.”
Para pelabur mata wang kripto mungkin pernah dengar atau mungkin tidak tentang kisah masa depan kewangan sebilangan kecil yang berubah secara dramatik, antaranya adalah seorang pemandu trak dari Amerika Syarikat (AS).
Sejurus selepas melabur hanya $650 ke dalam memecoin kedua terbesar Shiba Inu (SHIB) yang tidak jelas pada tahun 2020, pemandu trak tersebut mendapati dirinya mempunyai $1.7 juta hampir setahun kemudian.
Diperjelaskan lebih lanjut, beliau memutuskan untuk mengambil peluang pada SHIB yang sangat berpatutan pada Ogos 2020 semasa harganya berada pada $0.00000000051 setiap token, di mana $650 telah menyebabkannya memiliki bertrilion memecoin itu.
Menurut majikan pemandu trak itu, salah seorang pemandunya berhenti setelah beliau menjana $1.7 juta dalam kripto dengan hanya bermodalkan $650 dan ia merupakan seorang lelaki baik yang mempunyai anak.
Menjelang Mei 2021, ketidakjelasan pasaran bearish telah memberi laluan kepada memecoin untuk menonjolkan dirinya susulan apabila spekulasi kripto jadi arus perdana, nilai SHIB tiba-tiba naik 45 juta peratus dalam sembilan bulan dan jadi penyebab pemandu trak itu raih $1.7 juta.
Daripada meneruskan kerjanya sebagai pemandu trak, jutawan kripto itu segera menyerahkan surat peletakan jawatannya kemudian dana kolej anak-anaknya sudah pun ditetapkan dan persaraan awal adalah pilihan semalamannya.
Namun, keuntungan besar seperti itu mungkin tidak akan berlaku lagi kerana harga berundur pantas dari puncaknya $0.00001021 dan kini berlegar 85% lebih rendah, jadi di sini dapat dilihat melahirkan jutawan baharu melalui SHIB pada masa ini mempunyai peluang sangat kecil.
Sehingga berita ini ditulis, harga SHIB melonjak sebanyak 0.80% pada paras $0.000010 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $5 bilion seterusnya mencatatkan pendakian 3.10% sepanjang minggu lepas.