Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau masih tidak berputus asas menentang isu kartel dan monopoli di Malaysia. Beliau meletakkan itu adalah masalah utama yang perlu diselesaikan.
Menjelang Belanjawan 2025, Anwar mengakui bahawa kenaikan kos sara hidup di Malaysia masih menekan kehidupan rakyat Malaysia dan berjanji akan memperbaikinya.
Katanya lagi semasa sesi dialog Bajet 2025 di Kementerian Kewangan, harga barang keperluan asas secara relatifnya kekal rendah sama seperti bahan api. Namun, tidak boleh dinafikan rakyat sedang bergelut dengan kenaikan kos sara hidup.
Kerajaan pimpinannya perlu mencari kaedah untuk menghapuskan kartel dan monopoli supaya pulangan keuntungan dapat disalurkan kepada rakyat dari segi pemberian terus, bantuan khas skim kerajaan dan seterusnya meningkatkan sektor pendidikan dan kesihatan juga.
Anwar berkata belanjawan ketiga pentadbirannya akan datang ditetapkan untuk meningkatkan tahap kebajikan awam selain meningkatkan jumlah perdagangan asing dan domestik.
Ulasnya lagi, kerajaan juga akan terus menambah baik dan melaksanakan mulai tahun lepas sambil mengukuhkan ekonomi perniagaan tempatan.
Pentadbirannya perlu menyentuh mengenai penstrukturan semula ekonomi dan jabatan supaya lebih cekap dalam menjalankan tugas dengan penuh integriti.