Pengukuhan US dolar masih lagi diteruskan sehingga ke sesi New York semalam untuk raja mata wang itu kekal mempertahankan kedudukannya dengan baik minggu ini.
Dengan pengukuhan lanjut US dolar, Euro terus menerima asakan menyaksikan penyusutan nilai ke paras terendah terbaru lagi.
Tumpuan pada hari ini (Khamis) akan terarah kepada data PMI pembuatan dan perkhidmatan untuk Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
Meneliti carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang perlahan berlegar di sekitar 1.08000 pada sesi Asia semalam kemudiannya telah melanjutkan penurunan lebih rendah menyambung dagangan sesi-sesi berikutnya.
Harga cecah ke paras terendah terbaru 3 bulan ke sekitar 1.07600 sebelum mendatar menuju dagangan ke penghujung sesi New York.
Pergerakan harga masih di bawah zon 1.08000 dan kekal berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu, menunjukkan isyarat untuk pergerakan bearish berterusan.
Kecenderungan harga adalah untuk penurunan lebih rendah berlaku lagi melepasi paras yang telah dicecah semalam.
Sasaran untuk penurunan lanjut harga adalah menuju ke zon tumpuan 1.07000 pula.
Namun, situasi boleh berubah berkemungkinan dengan data PMI yang diterbitkan memberi kesan kepada kedua-dua mata wang itu.
Jika lonjakan yang dipaparkan, kenaikan melepasi paras 1.08000 dan halangan MA50 akan memberi isyarat awal untuk perubahan trend berlaku.
Kenaikan lebih tinggi selepas itu jika diteruskan dilihat akan kembali menuju zon tumpuan sebelum ini sekitar 1.09000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Join the Saracen Lucky Draw contest and win the various exciting prizes on offer. Only a $50 deposit is required to join. CLICK HERE – REGISTER AND WIN EXCITING PRIZES