Carta harga pasangan mata wang GBP/USD menyaksikan kejatuhan lebih dalam semalam ke paras terendah terbaru 3 bulan.
Ternyata Pound pada minggu ini terus gagal menahan asakan pengukuhan US dolar walaupun terdapat cubaan untuk mengukuhkkan nilainya selepas mesyuarat bank pusat England (BOE) minggu lepas.
Di sesi Eropah semalam, laporan pekerjaan UK diterbitkan dan telah mempengaruhi kemerosotan lanjut buat mata wang Pound.
Ini disebabkan tumpuan terhadap data kadar pengangguran UK yang meningkat kepada 4.3% pada September daripada 4.0% bacaan bulan sebelumnya, di mana turut mengatasi ramalan 4.1%.
Pelabur kini sedang berwaspada menantikan data inflasi Amerika Syarikat (AS) untuk diterbitkan pada sesi New York malam nanti.
Namun, dengan jangkaan angka inflasi terbaru yang berkemungkinan meningkat semula dan bakal mendorong pengukuhan US dolar, harga boleh susut lebih rendah.
Penurunan harian pada Selasa semalam catatkan sekitar 150 pips yang melepasi paras dagangan terendah minggu lalu pada sekitar 1.28300 itu.
Penurunan yang berlarutan ke sesi New York dilihat mencecah 1.27200 sebelum harga mendatar di sekitar tersebut menyambung sehingga dagangan ke sesi Asia pagi Rabu ini.
Pergerakan harga yang kekal di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD kekal menunjukkan isyarat untuk trend bearish buat harga.
Penurunan lanjut dijangkakan untuk menguji zon support 1.27000 sebelum tembus lebih rendah mencatatkan paras terendah yang baharu.
Sasaran akan beralih ke zon tumpuan berikutnya pada 1.26000 pula.
Namun jika kelihatan harga membuat kenaikan melepasi 1.28000 dan halangan MA50, akan tercetus isyarat awal bagi perubahan trend.
Kenaikan harga akan mula mensasarkan pada 1.29000 sebelum meneruskan kenaikan yang lebih tinggi selepas itu.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Join the Saracen Lucky Draw contest and win the various exciting prizes on offer. Only a $50 deposit is required to join. CLICK HERE – REGISTER AND WIN EXCITING PRIZES