Perbezaan di antara blok ekonomi barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan China telah mencetuskan ancaman kerjasama perdagangan global serta pertumbuhan ekonomi menyeluruh.
Pegawai tinggi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata, seluruh dunia kini didorong oleh keselamatan ekonomi dan kebimbangan keselamatan negara dalam menentukan dengan siapa mereka berdagang atau melabur.
Dua topik itu akan terus menyebabkan negara-negara kecil memperbesarkan jurang mereka sama ada memihak antara China dan Amerika Syarikat.
Walaupun daya tahan ekonomi secara global melihat peningkatan dan pengukuhan, namun trend pemecahan dalam sistem perdagangan dan pembalikan keuntungan juga semakin menyerlah.
Ketegangan antara Washington dan Beijing semakin meningkat semenjak AS meningkatkan sekatan perdagangan ke atas China kerana kebimbangan keselamatan negara.
Selain itu, konflik di Laut China Selatan dan retorik sekitar Taiwan juga turut memburukkan sentimen.
Ketegangan yang semakin meningkat antara dua ekonomi terbesar dunia itu telah digambarkan dengan lebih 3,000 sekatan perdagangan berlaku di seluruh dunia pada 2022 dan 2023. Ia melonjak tiga kali ganda berbanding tahun 2019.
Menurut Gopinath, perdagangan antara China dan AS telah merosot berbanding kumpulan dalam blok mereka.
Blok AS di Eropah seperti Kanada, Australia dan New Zealand. Manakala, blok China pula lebih tertumpu ke arah Rusia, Eritrea, Mali, Nicaragua dan Syria.
Sejak pencerobohan Ukraine, perdagangan antara kedua-dua kumpulan itu menurun sebanyak kira-kira 12% dan pelaburan langsung asing juga turun sebanyak 20%.
Ekonomi China kini bergelut untuk mengekalkan pelaburan asing di tengah-tengah peningkatan ketegangan dengan Barat. Aliran pelaburan langsung asing ke negara itu dilaporkan jatuh 26% dalam tiga bulan pertama 2024 berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
Walaupun pemecahan ekonomi masih belum mencapai tahap yang serius seperti Perang Dingin, kesan potensinya adalah lebih besar disebabkan oleh pergantungan ekonomi global yang tinggi terhadap perdagangan.