Mata wang Pound merosot pada dagangan penutup minggu lepas dipengaruhi oleh bacaan data ekonomi yang diterbitkan dengan angka mengecewakan.
Pertumbuhan bulanan ekonomi UK pada Oktober lalu meleset berbanding ramalan 0.1%, mencatatkan penguncupan -0.1% seperti bacaan sebelumnya.
Pelabur menjangkakan tekanan berterusan buat Pound pada minggu ini menjelang terbitan data pekerjaan dan inflasi UK, sebelum memerhatikan keputusan mesyuarat polisi bank pusat England (BOE).
Selain BOE, tumpuan pasaran juga akan terarah kepada mesyuarat FOMC pada minggu ini sebagai penutup dagangan 2024.
Diperhatikan pergerakan pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga telah menunjukkan corak penurunan di penghujung minggu setelah sebelumnya mendatar di bawah zon 1.28000 yang diuji.
Pada Khamis, penurunan harga telah melepasi paras 1.27000 sebelum diteruskan lagi pada Jumaat menghampiri zon 1.26000 ketika reaksi data ekonomi UK diterbitkan.
Pergerakan bearish berkemungkinan akan diteruskan lagi minggu ini ketika harga bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
Sekiranya penurunan dilanjutkan melepasi bawah zon 1.26000, harga dilihat bakal menuju ke zon tumpuan berikutnya pada 1.25000 yang merupakan zon support diuji pada November lalu.
Jika support tersebut ditembusi, harga bakal mencatatkan paras terendah terbaru 8 bulan dengan sasaran beralih ke sekitar 1.24000.
Namun jika berlaku lonjakan semula harga dari zon 1.26000, kenaikan awal harga dijangka akan menghampiri rintangan terdekat pada 1.27000 untuk diuji.
Melepasi halangan itu, kenaikan bakal dilanjutkan menuju rintangan minggu lalu pada zon 1.28000.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.