Baru-baru ini dilaporkan berkenaan insiden tumpahan minyak dipercayai berpunca dari sebuah kapal tangki marin, MT Terra Nova yang telah karam di luar pantai Teluk Manila.
Kejadian tersebut telah mengorbankan seorang daripada 17 anak kapal berkenaan.
Beberapa nelayan menyatakan bahawa kesan daripada kejadian tersebut telah menyebabkan sumber pendapatan dan kesihatan mereka terjejas.
Mereka juga memberitahu ternampak kesan tompokan minyak dan terhidu bau busuk yang sangat tidak menyenangkan di kawasan perairan mereka.
1.5 juta liter bahan api industri telah karam bersama dengan kapal tersebut di luar pantai Limay di wilayah Bataan, barat ibu negara Filipina.
Walau bagaimanapun, usaha untuk membersihkan tompokan minyak telah dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.
Pengawal pantai Filipina berkata ia telah menutup kebocoran dari kapal tangki yang terbalik dan akan mula menyedut minyak untuk mengelakkan lebih banyak bahan api daripada bocor.
Pihak berkuasa Filipina sedang menyiasat kejadian dengan lebih terperinci untuk melihat sama ada kejadian tersebut ada kaitan dengan taufan Gemini yang telah menyebabkan huru-hara di Filipina sebelum ini.