“Boleh la kalau siapa-siapa nak baca dulu, tapi jangan lupa buat analisis sendiri juga tau.”
Sekiranya dilihat harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) sudah pun berjaya menembusi $73,000 manakala Ethereum (ETH) dan Ripple (XRP) pula masing-masing menggunung sehingga $4,041 serta $0.74.
Jadi di sini dapat dilihat harga BTC mampu meneruskan kenaikan lagi 10% ke $80,000 susulan ini kali pertama pasaran kripto melihat pembelian besar-besaran di kalangan para pemain institusi hingga bull run nampaknya sudah bermula beberapa bulan lebih awal daripada acara halving BTC.
Namun, harga BTC boleh buat pullback pada $69,000 atau zon supply semula antara $65,618 serta $62,278 jika traders mula mengambil keuntungan diperolehinya setakat ini dan perlu diketahui pemecahan di bawah $64,044 adalah pengesahan kesinambungan aliran menurun.
Sementara ETH yang mendaki 85% sejak awal tahun tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk berhenti apabila harganya kini sudah mencecah $4,051 dan ia berpotensi naik lagi ke $4,500 sebelum menuntut semula kemuncaknya $4,868 yang merupakan paras terakhir diuji pada 10 November 2021.
Meskipun begitu, sekiranya momentum penjual meningkat maka ETH mampu melakukan pembetulan harga pada zon sokongan $3,602 untuk menyediakan satu lagi peluang pembelian di sekitar paras tersebut.
Suka dimaklumkan juga tekanan belian yang makin meningkat dapat mendorong XRP cecah $0.80 atau menandakan peristiwa penting pada $1, tetapi harganya boleh mengalami aliran menurun jika ia berada di bawah paras $0.64.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 0.92% pada paras $72,964 dalam tempoh 24 jam lalu manakala ETH canak 0.86% pada $4,064 dan XRP junam sedikit 0.80% pada $0.69 tetapi masih raih 14.77% sepanjang minggu lepas.