“Hmm tapi selalunya orang akan bertindak sebaliknya daripada apa yang Jim Cramer cakap kan?”
Jim Cramer, hos CNBC Mad Money yang menerima amaran daripada “Larry Williams” telah meramalkan pasaran mata wang kripto bakal melihat lebih banyak penerjunan harga dalam beberapa hari atau minggu akan datang.
Sungguhpun tiada jaminan ramalannya adalah benar, seluruh pasaran kripto telah menunjukkan isyarat menurun susulan harga Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) masing-masing menunjukkan penyusutan 3.55% serta 2.90%.
Menerusi pemerhatian, BTC telah menunjukkan beberapa sentimen negatif di mana harganya termasuk kripto lain berada dalam momentum lemah walaupun spots BTC ETF sudah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC).
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Blockchain Investment Fund dan perkhidmatan Advisory Ran Neuner telah mengaitkan kejatuhan harga BTC pada pengumpulan drastik GBTC Grayscale sebagai punca penurunannya.
Susulan penyusutan tersebut, modal pasaran yang luas menurun daripada sekitar $1.82 trilion pada $1.66 trilion.
Terdapat juga cabaran dolar Amerika Syarikat (AS) yang kukuh menyebabkan tekanan jualan ke atas BTC , jadi di sini dapat dilihat penurunan dalam harga BTC secara langsung memang mencetuskan pergerakan sama terhadap aset digital lain.
Altcoin lain berdepan nasib sama, tetapi peristiwa yang akan datang seperti kemungkinan pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) mampu menyebabkan pergerakan harga kripto memberi reaksi lebih positif.