“BTC sekarang macam nak buat retest, adakah harga boleh meneruskan kenaikan lebih tinggi?”
Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) yang hampir menembusi $53,000 kini berlegar-legar di bawah $52,000 manakala Ethereum (ETH) pula mara kembali ke parasnya sebelum stablecoin TerraUSD runtuh dua tahun lalu.
Keuntungan BTC yang hampir 25% year-to-date (YTD) telah membantu meningkatkan modal pasaran aset digital melebihi $2 trilion buat kali pertama sejak April 2022 dan perlu diketahui ETH raih 2% pada Khamis semalam bagi mencapai $2,852.
Antara faktor yang mendorong kenaikan harga BTC adalah kemunculan pertama spot BTC ETF yang menyebabkan BlackRock dan Fidelity Investment menarik $3.9 bilion sejak mereka mula berdagang pada 11 Januari 2024 ditambah pula terdapat acara halving BTC yang mungkin berlaku pada April 2024.
Pendakian harga baru-baru ini berkemungkinan mencerminkan aliran masuk bersih yang kukuh ke dalam spot BTC ETF, kata Zach Pandl yang merupakan pengarah urusan penyelidikan di penyedia dana kripto Grayscale Investment LLC.
Umum mengetahui ETH lebih perlahan daripada BTC dalam mencanak kembali ke tahap sebelum kemusnahan TerraUSD pada awal Mei 2022 dan penciptanya Do Kwon yang kini sedang ditahan di Montenegro sedang menunggu ekstradisi ke negara asalnya Korea Selatan atau AS.
Sementara BTC meningkat tiga kali ganda sejak awal tahun lalu susulan pertaruhan dalam options market menunjukkan para pedagang menyasarkan harga melebihi rekod hampir $69,000 yang pernah dicapai pada November 2021.
Jadi di sini dapat dilihat naratif positif untuk BTC dapat membantu seluruh pasaran kripto kerana korelasi antara BTC dan aset digital lain adalah tinggi, ulas pengarang surat berita Crypto is Macro Now bernama Noelle Acheson.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 0.16% pada paras $52,005 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 14.45% sepanjang minggu lepas.